Salam Nur Hikamah dan Salam hujung minggu. Lagi cerita tentang SAKA.
Setelah beraksi jarak jauh kali pertama lihat sesuatu yang agak pelik pada pesakit lalu saya putuskan untuk bertamu ke negeri PAHANG. Pesakit ini agak berusia sekitar 80an sekali pandang kelihatan berbeza langsung dgn wajah asalnya kerana kedua belah matanya bengkak belaka. Pesakit telah pun menjalani pelbagai rawatan perubatan di hospital namun begitu pihak doktor menasihatkan agar pesakit di bawa pulang sahaja balik ke rumah.
Lanjutan daripada itu saya di minta untuk membantu merawat kerana pesakit ketika itu sgt kritikal nazak..awal proses pengubatan seperti biasa saya minta gambar terbaru pesakit..ketika mengaktifkan sukma saya terlihat Sgt banyak jin yang mengelilingi pesakit dan ada Beberapa perkara yg tidak kene dan saya cuba mengeluarkan semua aura negatif dan jin yang mengganggu. Selepas itu pesakit kelihatan beransur pulih namun hanya bertahan beberapa hari sahaja. Hinggalah saya berhadapan langsung dgn pesakit di rumahnya kerana desakan keluarga untuk membantu saya langsung berhadapan dengan Ketua kepada jin2 itu.. ketika berkomunikasi menanyakan perihal sebab mengapa berada bersama pesakit si makhluk bernama Jin bertegas untuk tidak meninggalkan pesakit ini. Saya tidak berputus asa dan terus munajat dan meneliti dan amati secara lebih mendalam ternyata saya telah mendapati bahawa ada perjanjian antara keluarga dgn bangsa Jin. Selak punya selak perjanjian ini telah di buat oleh lima keturunan di atas pesakit ini. Setelah mengetahui punca saya putuskan semua perjanjian yang berlaku dan saya pindahkan bangsa jin itu ke tempat lain. Saya bersihkan semua aura negatif dan segala penyakit yang ada dalam pesakit.. Alhamdulillah selepas me jalani sessi rawatan kelihatan pesakit begitu tenang dan boleh makan seperti biasa, bole bercakap spt biasa dan sehat. Selepas 4 hari pesakit meninggal dunia dgn keadaan aman. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Al fatihah...