Sayyid Zainal Alam adalah anak sulong kepada Sayyid Jamadil Qubro dengan Puteri Lindungan Bulan atau gelaran lain Nenek Siti Tua. Anak sulong dari 7 orang adik beradik sebapa. Dilahirkan di Cerebon Indonesia dan meninggal juga di sana.
Kehidupannya sering berulang-alik Indonesia dan Malaysia. Beliau mewarisi hampir semua keilmuan bapanya. Tidak hairanlah beliau juga sakti dan karomah seperti bapanya. Beliau meneruskan pondok bapanya di Terengganu dan membuka pondok Cerebon. Beliau juga membuka gelanggang silat di Kemboja dan Cerebon. Tempat pertapaan beliau di Gunung Jerai 12 tahun, Gunung ledang 8 tahun, Bukit Katil 2 tahun dan paling lama di Perak di sebuah air terjun kecil jalan menuju ke Cameron Highlands dari simpang pulai selama 35 tahun.
Sayyid Zainal Alam mempunyai 4 orang isteri. Isteri pertama beliau dari Puteri Raja Melaka pertama Siti Ruqayah dan isteri kedua Siti Fatimah dari Cerebon Indonesia yang melahirkan Wali Songo. Beliau mempunyai 10 orang anak semuanya. Beliau juga pernah memimpin beberapa peperangan menentang bukan islam di Cerebon, Melaka dan Perak. Ketika beliau berjalan seorang diri di Acheh pernah beliau diserang oleh pemberontak. Beberapa kesaktian yang beliau kuasai ialah berjalan diatas air, kuasa petir, boleh hilang dan boleh pecah beberapa rupa. Beliau selalu ditemani oleh seekor kucing sakti dan membantu beliau pada bila-bila masa. Beliau memberi gelaran Al-Akbar pada kucing itu seperti gelaran beliau. Beliau sangat sayangkan kucingnya. Ketika musuh melihat kucing itu dengan niat jahat lalu akan rebah ke tanah.. Kucing beliau boleh mengiaw 2 kilometwr jauh dan musuh akan pekak seketika.
Beliau sangat arif dalam bidang Al Quran Hadis dan kitab-kitab lama. Zikir yang selalu beliau bawa ialah Laillahaillah. Beliau di gelar Al-Akbar sebaris dalam kelompok wali-wali besar. Bertugas sebagai pembimbing dan persiapan untuk akhir zaman. Mengetuai barisan pertama persiapan akhir zaman dan dibantu oleh 2 adiknya iaitu Sayyid Nurul Alam dan Ibrahim Assemarkhandi.
Semoga yang lahir dari titisan darahnya akan bangkit di akhir zaman. Semoga kita semua sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T dan istikomah dalam memperjuangkan agama Allah.
-Indra Nazir-
No comments:
Post a Comment