Wednesday, January 1, 2020

Kisah Syeikh Sayyid Jamadil Qubro

Siapakah Syeikh Sayyid Jamadil Qubro ??? 

Dia adalah datuk nenek moyangnya wali-wali Allah di Nusantara. Pendakwa islam dan bapak kesaktian di Nusantara. Keturunan Rasulullah yg ke 18 dari garis Sayidah Fatimah AzZara. Bertugas dalam persiapan akhir zaman. Beliau mempunyai 11 orang adik beradik dan adiknya yang ke 4 dan ke 5 yang selalu mengikuti bersama iaitu Sayyid Abdul Gafur atau biasa di kenali sebagai Sayyid Thanauddin dengan julukan Sang Adi Putra dan seorang lagi Sayyid Abdillah dengan julukan Sang Pesata Nala.

Dari India langsung ke Samudra Pasai kemudian ke Negeri Kelantan dan sekitarnya sehingga Kemboja seluruh tanah semenanjung dan terakhir ke Tanah Jawa dan seluruh daerah kepulauan di Indonesia. Beliau sering beristirehat di negeri Sembilan di sekitar daerah Seremban, Rembau dan Johol. Beliau juga telah mengembara di banyak tempat di seluruh dunia sehingga pernah beliau pergi ke Gunung Everest, Gunung Himalaya tujuan untuk bertapa di sana tetapi tidak meneruskannya sekadar singgah sahaja.

Syeikh Sayyid Jamadil Kubro merupakan tunggak utama proses Islamisasi tanah Jawa yg hidup sebelum Walisongo dan juga mengetuai Wali 7 serta mengetuai seluruh para wali. Beliau Seorang Qutubul alamin Wali Mursyid Agung Sultan Aulia terbesar dizamannya, penyebar Islam pertama yg mampu menembus dinding kebesaran Kerajaan Majapahit begitu juga dengan adiknya Sang Adiputra dan Sang Persata Nala masing-masing duduk di dalam barisan wali besar.

Di zamannya Sayyid Jamadil Kubro dikenali dengan nama PANDITO RATU kerana mempunyai Ilmu rahsia Kaysaf Laduni yg langsung dari Allah seperti Nabi Khidir AS, yang mengetahui hal-hal ghaib dan ilmu-ilmu rahsia yang tidak diketahui oleh umum. Di Semenanjung Tanah Melayu beliau digelar Sri Menanti yang membawa maksud 'Cahaya Telah Tiba'. Adakala beliau digelar dgn julukan nama LIN yang bermaksud 'Lembut' pun begitu beliau seorang yang sangat tegas apatah lagi dalam urusan agama dan kebenaran.

Ketika hayatnya beliau sempat membangunkan 3 pondok besar di Nusantara iaitu di Terengganu, Kemboja dan Pulau Jawa. Beliau sangat giat dalam mengajarkan ilmu-ilmu agama walaupun begitu beliau juga sentiasa mempertajamkan ilmu-ilmu yang beliau ada dengan cara bertapa dan berzikir. Antara tempat-tempat pertapaan beliau ialah di Gunung Ledang, Gunung Datuk dan di ruang langit - langit negeri Melaka. Jika di Indonesia beliau sering bertapa di dasar lautan Acheh dan Pulau Jawa.

Ketika perjuangannya dalam mengembangkan dan menyebarkan agama Islam beliau sering mendapat tentangan hebat dan beberapa ancaman bunuh. Kisah hidup pendakwah yang menyebarkan kebenaran Islam sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT. Sesuai dengan kesaktian dan kekaromahan yang di anugerahkan oleh Allah SWT. Ketika pembunuh hendak mendekati beliau langsung menjadi kaku dan menemui ajal terus di situ.
Kisah ini banyak berlaku di sekitar Kelantan Dan Filipina MasyaAllah segalanya dgn izin Allah SWT.

Suatu ketika di Tanah Jawa beliau melihat penduduk kampung sedang menggali lubang yang besar ketika itu beliau menghampiri lalu meletakkan tapak tangannya di tanah seketika meletup dan membentuk lubang yang sangat besar. Lain pula kejadian nya di Acheh ketika penduduk kampung ingin membina jambatan beliau langsung menepuk sebatang pokok besar yang ada di situ lalu rebah pokok itu melintangi sungai.

Selain itu, beliau selalu bersama pejuang-pejuang Islam dalam beberapa siri peperangan. Semasa hayatnya beliau sempat memimpin satu siri peperangan besar menentang Kristian di Filiphina. Maka tidak hairanlah beliau di gelar 'Pendekar Tak Terkalah'. Begitu lah kisah hidup seorang Mursyid Agung. Banyak juga keilmuan yang langsung dari beliau dan menjadi warisan sehingga ke hari ini. Semua tapak dan landasan yang telah beliau bina di sambung oleh putera-putera beliau iaitu Sayyid Zainal Alam, Sayyid Ali Nurul Alam dan Sayyid Ibrahim AsSamarkhandi. Kemudian turun ke Wali 9 dan seterusnya hinggalah sampai kepada kita sekarang.

Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan membangkitkan darah pejuang dan pendakwa dari benih-benih beliau dan menjadikan kita semuanya istiqomah seperti beliau dijalan yg di redhai Allah SWT. Aamiin Barakallahu Al-Fatihah keatas Sayyid Syeikh Maulana Jumadil Qubro Jamaluddin al-Husain al-Akbar RA

-Indra Nazir-



No comments:

Post a Comment