Sunday, April 5, 2020

Kisah Sheikh Ahmad Majnun

Nama sebenar beliau SHEIKH AHMAD AL-HASSANI. Masih lagi dalam garis rantai Ahlul bait dari cucunda baginda Rasulullah Hasan binti Fatimah RA. Mufti pertama kerajaan Melaka.. Asal dari Negeri Syria.. Pada usia 14 tahun telah dtg melaka mengikuti pedagang. Pada usia muda begini beliau telah menguasai sepenuhnya bidang keilmuan agama termasuk bidang tasawuf.

Sesampai di Melaka beliau mencari tempat untuk menyendiri dan lebih banyak tafakur berkhalwat bersuluh pasrah kepada Allah. Kesempatan itu beliau lebih banyak mengasah keilmuan dan pertapa.. Beliau lebih banyak bertafakur sehingga usia beliau 32 tahun telah diangkat menjadi Mufti DiRaja Melaka ketika zaman hujung pemerintahan Sultan Iskandar Syah. Asal mula Kerajaan Melaka mengetahui ada seorang alim dan tinggi Ilmu kebatinan ya tinggal di linggi. Beliau dipanggil mengadap Tuanku Sultan Melaka sehingga beliau diangkat menjadi Mufti DiRaja.

Beliau menguasai pelbagai keilmuan dan kesaktian. Beliau seorang yg sangat kuat berzikir. Antara zikir yg selalu dibawa secara istikomah ialah laillahaillah, ayat kursi dan lakodjakum dan banyak lagi. Beliau sempat menjadi mufti pada 3 zaman iaitu Sultan Iskandar Syah, Sultan Muzaffar dan pertengahan sultan Mansur Syah.

Beliau berkahwin dgn orang tempat sehingga melahirkan zuriat penyambung keturunan. Antara cucunda perempuan beliau berkahwin dengan cucunda Hang Tuah. Bertebar luas juga keturunannya hingga ke hari ini. Nilai bakti beliau dalam agama dan Kerajaan Melaka suatu ketika dahulu menjadi asbab tersebarnya kefahaman agama di umi bertuah ini. Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun. Jika kita menziarahi makam beliau kita boleh melihat pelbagai pesanan dan persediaan secara tersirat kepada anak cucu cicitnya kemudian hari khusus untuk akhir zaman. Beliau telah menyuruh anak murid dan pengukirnya mengukir dan menyusun atur batuan dimakamnya beberapa simbolik tersirat untuk diambil pedoman pesanan beliau. Hak ini hingga menyebabkan beliau dipanggil Majnun kerana semua yang diamanahkan sebelum beliau meninggal dunia. WALLAHU ALAM

-Indra Nazir-

Minyak Pemusnah Ghaib

Minyak ini telah diisi dengan energy alam asli tidak ada unsur khodam yg terlibat. Kekuatan nya sangat kuat dan sifatnya panas membara.
Kegunaannya sangat bermanfaat untuk menghancurkan ghaib seperti Ilmu2 yg bersifat negetif, ilmu hitam, khodam negetif, sihir dan unsur kejahatan melibatkan ghaib serta pelbagai ketogeri ghaib yang hendak dihancurkan. Praktikalnya sangat mudah hanya perlu membuka penutupnya terhidu atau diletakkan sedikit minyak ini lalu terbakar dan hancur ghaib yang ada. Penyimpanan nya juga tidak boleh diletakkan berdekatan dengan Barang2 berkhodam. Minyak ini bole saya katakan sangat rare dan khasiatnya Sgt superb..
KEPADA SESIAPA YG TELAH BERTAHUN2 MENGALAMI MASALAH GANGGUAN GHAIB HARUS MENGGUNAKAN MINYAK INI INSYAALLAH DALAM SEKELIP MATA GHAIB YANG MENGGANGGU AKAN TERBAKAR HANCUR
MASALAH GANGGUAN PERNIAGAAN
Kedai tak laku, buka tapi tak nampak
MASALAH SIHIR TUJU2
MASALAH SIHIR RUMAH TANGGA
MASALAH SAKA BAKA
MASALAH PENDAMPING
MASALAH MESTERI DAN SAKIT MCM2 DI SEBAB KAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
MASALAH DITUTUP JODOH
ANAK2 YG BERMASALAH MUNGKIN BERPUNCA DARI GANGGUAN GHAIB DAN SEBAGAINYA..

Berminat untuk mendapatkan wasap 011-10524279




Panglima 7 Bersaudara

Hang Melanak
Salah seorang Hang 7 bersaudara yang bertugas mempertahankan bumi Melaka. Nama sebenar beliau adalah Sheikh Abd Fakar bin Sheikh Ahmadi.. Dibesarkan di kalangan bangsawan demak kerana ayahandanya Sheikh Al Ahmadi salah seorang pembesar Demak dan bersama-sama Sultan Demak juga para wali 9 mendirikan istana Demak dan kerajaan. Beliau juga banyak belajar di Melaka dan Pulau Besar.. Pertapaan beliau tamat selama 5 tahun di Pulau Besar. Beliau dan adiknya banyak berguru dengan Sheikh Salam iaitu duduk dalam barisan wali 7 Sayyid Jamadil kubra. Keilmuan special beliau adalah pukulan jarak jauh 500 meter sehingga semua musuh terpelanting kebelakang. Beliau bertugas sebagai Panglima Besar pada zaman Sultan Mansur hingga awal Sultan Muhammad. Beliau Ghaib bertiga digunung Ledang bersama-sama Hang Tuah dan Hang Jebat.

Hang Mekar

Seorang lagi lagenda Panglima 7 bersaudara. Nama sebenar beliau adalah Sheikh Abdul Aziz sama nama dengan Hang jebat. Beliau adalah adik kepada Hang Melanak. Kesaktiannya juga cukup tinggi dan sama-sama berguru dengan Sheikh Abd Salam. Ketika pertempuran dengan lanun di perairan Selat Melaka beliau dalam pertapaan dan atas arahan gurunya beliau juga pergi membantu bersama2 6 orang panglima yang lain sehingga selesai kemudian beliau sambung semula pertapaan kembali. Hasil dari kemenangan itu 6 bersaudara itu diberi gelaran HANG. Cuma kemudian yang terakhir setelah pertapaan habis Sheikh Abdul Aziz diberi Gelaran Hang Mekar. Beliau juga salah seorang yg ghaib di hujung hajat nya digunung Ledang tetapi tempat berbeza daripada Hang Tuah Hang Jebat Dan Hang Melanak.

-Indra Nazir AlQubro-

Siapakah Sebenarnya Panglima Hitam

Ramai yang mengenali panglima hitam tapi siapa sebenarnya beliau ini.
Nama sebenar beliau adalah Sheikh Ahmad. Dilahirkan di Arab masih lagi jalur keturunan dari Syaidina Hassan salah seorang Ahlul bait yang bertugas sampai ke hari ini. Beliau adalah anak murid langsung Shiekh Abd Qadir Jailani. Beliau menghabiskan masanya selama 18 tahun berguru dengan Sheikh kemudian bersambung dengan tugasnya di setiap kerajaan yang ada di Nusantara. Sebab tu nama panglima hitam ini selalunya ada di sisi Sultan yg memerintah. Tugas beliau berlarutan hingga ke zaman kesultanan melaka. Selebihnya kemudian tugasnya masih lagi dijalankan sehingga ke hari ini.

Seperkara yang harus diketahui adalah pemberian gelaran HANG itu adalah dari beliau sendiri. Selain menabalkan kebanyakan Raja2 yg menaiki tahta beliau sering kali sibuk dengan hal2 kepanglimaan. Hang itu adalah pelantikan kepada seseorang panglima yang layak dan ciri2 yang terpilih. Sedikit pencerahan bagi pemilihan Hang itu sebenarnya telah ada tanda dari kecil lagi. Mengikut Sheikh Ahmad seorang baby yg baru dilahirkan yang mempunyai tanda bulan dan bintang berwarna biru di dahinya secara ghaib maka anak itu adalah ciri2 terpilihnya memegang gelaran Hang ketika besar nanti. Gelaran Hang ini adalah gelaran atau martabat paling Tinggi dalam kepanglimaan. Ramai juga yang telah memegang gelaran Hang itu sejak dia bertugas sehingga lah zaman Wali 7 terakhir. Antaranya Hang 7 bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Melanak, Hang kasturi, Hang Mekar, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Dan banyak lagi cuma dirahsiakan aja.

Beliau masih lagi bertugas sampai ke hari ini. Sekarang beliau bergerak sebulan pada setiap negeri. Tugasnya cukup besar juga..Martabat beliau menyamai kedudukan Sayyid Jamadil kubra semestinya seorang Wali Besar. Titik terakhir beliau ghaib sepenuhnya di Tanjung Tuan. Selain itu banyak kisah dan peribadi beliau tidak dapat diceritakan atas dasar rahsia. WALALLAHU ALAM

-Indra Nazir Alqubro-

Kisah Wali 7 Di Tanah Melayu

Ramai yg mengetahui dan mendengar cerita wali 7 tapi tak ramai yg mengetahui hal sebenar penceritaan mereka. Di Tanah Melayu itu ada yg diangkat Allah menjadi Wali 7 sebagai petugas Allah untuk menyusun atur dan menjaga perihal tanah sini seperti halnya wali songo yang lebih sinonim di tanah jawa. Wali 7 juga dibantu oleh dewan wali 7 pada ketika zaman Tok Said AlLinggi. Wali 7 Sebelum zaman kita diketuai oleh Tuan Sheikh Said Al Linggi, Tok Kenali, Tokku Paloh, Habib Noh Singapura, Tuan Tulis, Sheikh Muhammad Nur Gombak dan Sheikh Hussin Pokok Sena. Di sini ada kekeliruan sedikit, nama2 di atas semua betul cuma tang Sheikh Hussin Pokok sena itu kurang tepat.
Alkisah ketika pertabalan melantik wali 7 semua mereka di atas mendapat alamat dan perkhabaran termasuk seorang lagi iaitu Datuk Dol Said pemerintah Naning. Jadi pertemuan mereka semua diadakan untuk majlis pertabalan tetapi tertangguh seketika kerana turunnya Shiekh Abd Qadir akan hal pelantikan itu harus 7 orang bukannya 8. Jadi mereka kebingungan kerana 8 sehingga Tok Said AlLinggi menyuarakan untuk mengundur diri menyangka kesalahan beliau. Hal itu dilarang Shiekh Abd Qadir kerana Tok Said itu adalah ketua di kalangan mereka. Jadi hal ini membuatkan mereka semua munajat kepada Allah sehingga lah turun Alamat dari Baginda Rasulullah SAW. Nama2 yang sahih memegang amanat Wali 7 ialah Tuan Said AlLinggi, Datuk Dol Said, Tok Kenali, Tokku Paloh, Habib Noh, Tuan Tulis dan Sheikh Muhammad Nur. Manakala Sheikh Hussin Pokok Sena dilantik menjadi ketua Dewan Wali 7 termasuk 2 org pembantunya iaitu Tok Janggut Kelantan dan Sheikh Kamaruddin Acheh. Kesemua Ahli2 dewan lebih 100 orang banyaknya..
Mereka semua masih bertugas sehingga ke hari ini. WALLAHU ALAM.. Semoga kita semua dapat mengikuti dan Menjejaki mereka mengorbankan seluruh jiwa raga demi Allah dan Rasul. Insyaallah jika di izinkan Allah nanti kita cerita sedikit akan Wali 7 Sebelumnya.

-Indra Nazir Alqubro-

Wali 7 Sebelum Zaman Tok Said Al-Linggi

Siapa yg dah tahu alhamdulillah siapa yg belum tau tolong amik tau sebab ini sejarah kita malahan bukan sejarah je iya juga bole menaikkan lagi semangat dan menjiwai hasil pengorbanan dan perjuangan mereka.

SHEIKH AHMAD - Beliau adalah cucu kepada Hang Tuah, mendirikan pondok di Tanjung Agas dan Klebang khusus pengajian Al Quran. Beliau di akhir hayatnya ghaib di Hutan Tanjung Agas.

SHEIKH SHAMSUDDIN - Beliau adalah cucu kepada Hang Lekir. Menetap di Melaka dan membuka perguruan persilatan kedudukan gelanggang yang bertempat di Tanjung Keling Melaka. Makam beliau terletak ditengah2 perkuburan Kristian lama di Bukit Serindit.

SHEIKH ABD HAMID - Beliau adalah cucu kepada Hang Kasturi. Beliau tidak membuka apa2 perguruan atau pondok sebaliknya ada Beberapa orang yg berguru dengan beliau termasuk Salah Seorang Sultan Melaka yang selalu mengambil nasihat dan hal2 keilmuan dari beliau. Beliau hanya dikenali sebagai LANG BUANA sehingga ke hari ini sebab tidak duduk setempat. Beliau sentiasa merentas dari satu tempat ke satu tempat lain sama ada nyata atau pun ghaib. Makam tanda beliau terletak di Jasin Melaka.

SEIKH AHMAD SOLLEH - asal beliau dari Acheh dan dibesarkan di sana cuma hanya setelah dilantik memegang jawatan Wali 7 beliau berpindah ke Negeri Sembilan dan membuka gelanggnag persilatan di Gunung Datuk. Silat beliau dinamakan SILAT HULU LEBAI. Beliau juga ghaib di Gunung Datuk di hujung hayatnya.

SHIEKH ALI - Beliau dari Selangor dan sangat giat dalam hal2 pondok sehingga beliau membuka byk pondok hampir setiap daerah di Selangor. Nama pondok Beliau adalah Khariatul Islam dan base utama beliau di Kuala Selangor. Beliau juga ghaib di hujung hayatnya iaitu di Gunung Tahan.

SHEIKH MUHAMMAD MALEK ALMUNAWI - Beliau bertempat di Tanah Merah Kelantan juga seorang pendiri pondok. Pondok beliau bernama Pondok Al Insan. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun. Beliau di Makam kan juga di Tanah Merah Kelantan cuma tiada orang yg mengetahui kedudukan sebenar makamnya di mana. Dan nama beliau juga tidak ramai yg mengetahuinya. Insyaallah jika saya ke Kelantan boleh lah saya mencarinya.

SHEIKH WARISAN - Beliau juga berasal dari Acheh. Pada usia 14 tahun merantau ke semenanjung beberapa tahun kemudian pulang semula ke Acheh. Setelah dilantik menggalas tugas Sebagai Wali 7 beliau kembali semula ke Malaysia dan menetap di Pahang. Beliau membuka gelanggang persilatan di kaki Gunung Tahan. Beliau mengajar SENI SILAT GAJAH PUTIH. Beliau di hujung hayatnya juga ghaib di Gunung Tahan.

Begitulah serba sedikit penceritaan WALI 7 ZAMAN MEREKA YG DIKETUAI SHIEKH AHMAD TG. AGAS Port Dickson Negeri Sembilan.
Semoga kita juga Sama2 dengan mereka di hujung zaman ini bertugas demi Agama untuk Allah dan Rasul. Mungkin ada di antara sahabat yg mahu bertawasul dengan mereka lillahi taala. WALLAHU ALAM

-Indra Nazir Alqubro-

Kisah Tun Sri Lanang

Siapa tak kenal dengan nama Tun Sri Lanang..
Ada yang memuji penulisannya dan ada yang mengelar beliau sebagai pengkhianat bangsa kerana menulis sejarah yg tidak betul setelah diketahui sejarah sebenar. Pun begitu ikuti penceritaan beliau dan sejarah2 tanah Melayu mengikut pandangan Alqubro..
Mungkin ramai yang keliru beranggapan Tun Seri Lanang anak paduka bendahara Johor pada kurun ke 17 Masihi itu yg telah menulis sejarah. Di sini sangat banyak kekeliruan. Malah pada zaman mereka dahulu pun ada yg keliru kerana nama gelaran yg sama pada 2 manusia berbeza. Rakaman penulisan sejarah Melayu terfokus pada anak bendahara Johor sedangkan yang sebenarnya Sri Lanang dari Melaka.
Kita beralih kepada cerita seorang penulis sejarah yang berasal dari Melaka yg sebenar.
Tun Sri lanang nama sebenar beliau Tuk Said..beliau digelar Sri lanang oleh orang2 tempatan. Beliau hidup selepas zaman kerajaan melaka mempunyai 2 buah rumah satu di Melaka Dan satu lagi Di Ipoh Perak. Beliau memang seorang penulis sejarah melalui pengkajian nya dan ilham. Selain itu beliau juga berguru dengan guru ghaibnya iaitu Hang Tuah. Banyak juga sejarah penulisan beliau dirujuk kepada gurunya kemudian beliau ke mengkaji secara nyata. Alkisah
Sebenarnya beliau mempunyai musuh yang berhampiran dengan rumahnya di Pantai Puteri Melaka. Suatu hari beliau pulang ke rumah kedua beliau di Ipoh dengan membawa buku penulisan beliau yg hampir siap. Malang tidak berbau beberapa hari Ipoh beliau diikuti. Sampailah suatu ptg ketika beliau sedang sibuk berehat di halaman rumahnya tiba2 beliau terlihat ada orang sedang memasuki rumah beliau dari belakang. Lebih kurang 5 ke 6 orang terlihat memasuki rumah beliau sehingga la beliau terus memasuki ke rumah malangnya mereka lebih pantas berlalu. Setelah di ketahui rupa2nya buku penulisan beliau telah hilang. Beliau biarkan mereka berlalu pergi tanpa di kerja.. Beliau berapa amat kecewa kerana yg mencuri penulisan beliau adalah orang dari melaka yang tinggal berhampiran dengan rumahnya di pantai puteri. Sebenarnya yg mengetuai pencurian dan pengkhianatan ini adalah dari ketua satu perguruan silat iaitu perguruan silat alhaq yang bernama salimi. Kisah dendam dari keturunan salimi ini dari gagal keturunannya yg ingin memegang jawatan panglima sultan mahmud lagi. Mereka2 ini dahulu kalanya adalah lanun yang selalu membuat masalah. Ibarat kata kumpulan gengster dulu2nya. Perguruan ini juga bertahan berlarutan sehingga la ke zaman penghujung 18 zaman2 Dato Dol Said telah pun pupus. Setelah mereka mendapatkan buku penulisan Sri Lanang, mereka mengubahnya hampir 85% fakta penulisan. Kemudian mereka menyebarkan sehingga tidak terbendung lagi penyebarannya. Inilah dia pengkhianat bangsa sendiri. Semoga Allah membalaskan perbuatan mereka. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan semuanya ada hikmah di sebalik kejadian..
Semoga kita semua menyedari hakikat sebenar penceritaan dan sejarah bangsa kita yg betul lagi shahih.
Walallahu alam..

- Indra Nazir Alqubro -

Wali 7 (Batch ke - 4)

Diketuai oleh Sayyid Zainal Alam dan di ikuti dengan Sayyid Ali Nurul Alam juga Sayyid Ibrahim Asmorokandi. Ketiga tiga Wali Allah ini adalah anak kepada Sayyid Jamadil Kubro. Seperti yang semua ketahui mereka nama besar yg berjasa menebar lahirkan kebanyakan Wali2 yg mashur di Nusantara samada Wali 7 kemudiannya atau Wali 9 atau wali lainnya. Kisah mereka bertiga sudah saya kongsikan sebelum ini dengan panjang lebar.

Seterusnya sebaris dengan mereka bertiga ialah Sheikh Sainal Asfam seorang Muallaf yang berasal dari tanah besar China iaitu Beijing. Pada asalnya beliau seorang pendekar cina juga tetapi kehendak Allah hidayah kepada beliau hingga tertarik memeluk islam. Beliau bersyahadah pada usia 37 tahun di hadapan orang2 islam di tempat beliau. Kemudian beliau mengembara mendalami ilmu agama sehingga lah sampai ke tanah Nusantara. Beliau belajar langsung dengan sayyid Zainal Alam. Walaupun lebih tua dari Sayyid Zainal Alam, beliau bersungguh2 mendalami ilmu agama dan kesaktian. Selain itu beliau juga belajar dengan guru ghaibnya iaitu Sayyid Jamadil Kubro sehingga la beliau diangkat menjadi wali 7. Gelaran beliau adalah Raja Anak Sungai yang diberikan oleh sheikh Abd Qadir Jailani. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun dan dikebumikan di Cerebon Jawa Barat.

Seterusnya HANG SYAHDU atau nama sebenar Sheikh Zabian. Seorang lagi yang memegang gelaran HANG. sudah semestinya ketinggian ilmu kepanglimaannya. Beliau berasal dari Tanah Merah Kelantan dan menetap di Kelantan juga. Cuma beliau selalu berulang alik kepada gurunya iaitu Sayyid Zainal Alam. Beliau juga selalu bertapa di tempat2 lain seperti tanjung Tuan dan beberapa tempat lain. Semua pertapaan nya tidak lama ada yang 3 bulan dan seperkiraan itu waktu pertapaannya. Cuma pertapaan yg paling lama 3 tahun berhampiran rumahnya di hujung hayatnya sehingga ghaib. Selain Sayyid Zainal Alam beliau juga berguru dengan guru ghaibnya iaitu Imam Ghazali Rahimahullahu taala.

Seterusnya Sheikh Shamsuddin Bakri, berasal dari cerebon dibesarkan di Cerebon juga. Batch Kali ini banyak berpusat di Cerebon. Boleh jadi disebabkan ketuanya berada di sana. Tetapi Sheikh Shamsuddin menghabiskan masa pertapaannya dengan memilih Negeri Melaka. Beliau bertapa 3 tahun di negeri Melaka dan kemudian beliau selalu berdatangan ke Negeri ini sehingga lah beliau bertemu jodoh di Melaka. Maka beliau selalu berulang alik Melaka dan Cerebon.

Seorang lagi wali 7 sezaman Sayyid Zainal Alam ialah Sheikh Malik Al Maliki. Beliau berasal dari Arab langsung. Cumanya beliau berhijrah ke Surabaya dan keliling pulau jawa untuk jalan berkelana memperdalami ilmu kesaktiannya. Sehingga lah beliau sampai di Gunung Jati dan bertapa di sana selama 11 tahun. Masyaallah suatu jangka masa yang agak lama. Beliau tergolong antara orang paling sakti di Gunung Jati dari dahulu hingga sekarang. Beliau juga banyak berkhidmat dalam pengembangan ilmu dan agama di sekitar kawasan Jawa barat. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Gunung Jati. Makam beliau terletak di sebelah bukit di pemakanan sunan Gunung Jati. Sekarang masih bertugas sebagai wali 7.
Walallahu alam

- Indra Nazir Alqubro -

Wali 7 (Batch ke-3)

Nama besar yg ramai tau.. Sayyid Jamadil Kubro, Adiputra dan Sang Pesata nala. Tiga nama ini telah saya terangkan terperinci sebelum ini. Kita sambung kepada 4 lagi nama yg duduk sebaris bertugas dengan mereka ini.

Sayyid Zainal atau sheikh Salam adalah barisan wali 7 batch ke 3. Beliau juga adik kepada Sayyid Jamadil Kubro yg no. 2. Beliau menetap di Melaka dan ghaib juga di Melaka. Cicit beliau salah seorang pembesar kerajaan Kesultanan Melaka. HANG SERIBU PUTIH adalah cucunda beliau yg bertugas sebagai penasihat peribadi Sultan Manshur Shah Sultan Melaka ke 3. Satu lagi nama yang ada gelaran HANG. Nanti kita cerita HANG YG NI HANG SERIBU PUTIH.

Seterusnya Sayyid Bakri juga salah seorang yg handal dalam persilatan. Beliau adalah pengasas silat Gajah Putih di Indonesia dan sehingga kini silat itu masih ada lagi yang meneruskannya. Beliau juga salah seorang adinda Sayyid Jamadil Kubro dari 11 orang. Beliau menetas dan berhijrah ke Sulawesi dan beberapa tempat di Indonesia. Titik terakhir beliau ialah di Melaka. Beliau juga Ghaib di Negeri Melaka ini.

Sheikh Sariffudin Kemonung. Beliau tinggal di Kemonung dan sekarang nama kemonung itu adalah borneo. Jadi kalau lebih tepat lagi beliau menetap di Sabah salah satu tempat di kemonung. Kisah Sheikh Sariffudin ini agak panjang. Nanti saya cerita kan secara terperinci kisah beliau.

Sheikh Kamuluttariq berasa dari Acheh. Beliau memang dibesarkan di Acheh. Suatu Hari ketika berusia 14 tahun beliau bertemu dengan seorang Arab yg ke Negeri Acheh. Sheikh Sanam adalah orang Arab yang tinggal di Sri Lanka India. Beliau berguru dengan Shaikh Sanam dari umurnya 14 tabun hingga 37tahun. Sudah pasti beliau telah menguasai pelbagai keilmuan dan kesaktian Gurunya. Sering juga beliau berulang alik ke Sri Lanka untuk Menjejaki Gurunya.. Cuma kesempatan beliau bertapa hanya 2 hari je di Pulau Besar kerana gagal. Pun begitu beliau tetap berlatih pelbagai keilmuan sehingga menguasainya.

Kisah wali 7 silih berganti. Semoga Allah memberi kesempatan untuk kita Menjejaki mereka dan memberi kefahaman atas penyampaian sehingga kita lebih memehami Agama. Semua para Wali Allah itu hidup di sisi tuhannya.
Segala penerangan itu yg baik diambil yang buruk letak tepi.
Walallahu alam

- Indra Nazir Al Qubro -

Tanjung Bidara, Melaka

Setiap tempat ada sejarahnya

Hari ini saya di pantai Tanjung Bidara Melaka. Sebuah destinasi yang agak tenang dan menjadi pilihan ramai untuk bermandi manda di sini. Suasana pagi agak sunyi kerana tidak terlihat aktiviti mandi manda mungkin juga waktu bekerja.

Saya bersendirian menikmati pemandangan yang cantik dan menginsafi keindahan ciptaan Allah yang sangat sempurna. Lautan terbentang gak tenang dek ombak yang kecil. Terlihat kapal2 besar di tengah laluan antarabangsa melalui selat yang sangat selamat. Fikiran terfokus dan tertanya2 bagaimana agaknya suatu ketika dahulu Melaka sebuah entrepot dunia. Sudah pasti menjadi tumpuan pelabuhannya. Ermm semuanya telah berlalu hanya tinggal sejarah aja.

Fikiran tertumpu di pantai ini Tanjung bidara. Mesti banyak pokok bidara kan suatu ketika dahulu. Apa agaknya tempat ini suatu ketika dahulu. Apakah sama tempat bermandi manda. Mesti tempat ini lagi baguskan dahulunya. Siapakah yang menduduki tempat ini suatu ketika dahulu. Ketika sejenak memikirkan tempat ini sambil2 menenangkan fikiran, dalam hati terus2an berselawat tak sangka aku menghampiri tabir ghaib. Aku lihat suasa tempat ini bertukar menjadi lapangan gelanggang silat yang agak hebat. Terlihat lebih kurang 40 lebih anak muda yang mempelajarinya. Aku langsung terkejut lalu terjaga. Masyaallah, rupa2nya terlena seketika. Kemudian aku langsung perbetulkan kedudukan dan menenangkan fikiran sambil beri salam kepada seluruh alam dan Hati terus terusan zikir Allah. Sukmaku aktif dan aku bertemu dengan sheikh Qomaruddin. Penampakan wajah dan susuk tubuh agak berumur. Nampak tegak orangnya. Ketika saya memberi salam dan memperkenalkan diri. Beliau langsung menjawabnya. Saya tanyakan perihal beliau. Panjang juga penceritaan beliau cuma saya kongsikan yang penting je. Beliau seorang Ahli tapa juga dan tinggi ilmu persilatan. Dahulunya tempat ini beliau jadikan gelanggang silat mengajar Anak2 muda termasuklah Hang Tuah pernah berguru dengan beliau. Hang Tuah pada ketika itu sempat belajar beberapa bulan tapi tidak bertahan lama kerana kaki Tuah cedera mungkin patah. Waktu itu Hang Tuah masih budak lagi. Nama silat beliau ialah Naga Daun. Silat ini da tidak didengari lagi. Satu keistimewaan persilatan ini ialah ketangkasan dan kecepatan pergerakan kaki. Pukulan2 kaki yang sangat bahaya dan berbisa. Oleh kerana Hang Tuah tidak dapat menguasai dengan baik pergerakan kaki tambahan Tuah cedera di kakinya mengebabkan beliau tidak lagi meneruskan pelajaran silat di sini. Salah seorang anak murid yang hebat dan menjadi ketua di persilatan ini ialah samsudin namanya. Persilatan ini juga tak kurang hebat kerana ramai yang menjadi murid perguruan sehingga ramai juga yang datang dari Sumatera dan sedikit dari Tanah Jawa. Sayangnya persilatan ini tidak diteruskan oleh muridnya yang lain. Beliau mengharapkan samsudin akan meneruskan mengajarnya sayang sheikh samsudin meninggal awal di usia awal 40an. Semenjak itu persilatan Naga Daun tidak lagi didengari kerana tidak dikembangkan. Insyaallah sesiapa yang berminat bole lah mempelajarinya.

Semoga warisan seni mempertahankan diri bangsa Melayu tetap berkembang dari zaman ke zaman menjadi warisan bangsa. Kembalikan warisan bangsa kita dan jagalah ia sebagai satu amanah yang membawa kita semua kepada Allah jua Akhirnya. Sekian wallah alam

-Indra Nazir-

Siapa Sebenarnya Hang Bulan Merah

HANG BULAN MERAH
Seorang lagi yang memakai gelaran HANG..Siapakah beliau?
Nama sebenar Sheikh Muhammad Faidauddin dilahirkan d Negeri Kedah dan dibesarkan di sana juga. Masih lagi berdarah Ahlul bait daripada Syaidina Hassan RA. Beliau adalah Panglima Perang Merong Maha wangsa. Yang special ya Tok Bulan Merah ni adalah murid kepada Merong sendiri. Beliau belajar sehingga diangkat menjadi Panglima Sultan Kedah sehingga lah berakhir pemerintahan Merong. Beliau bertapa selama 3 tahun di Temasik. Selalu juga beliau menghabiskan masa di Temasik sehingga beliau mengahwini Gadis Temasik.
Kehandalan dan kesaktian beliau menguasai seni persilatan yang tinggi. Penguasaan jurus dan ilmu perang yang sangat tak terkalah sehingga beliau diberikan kepercayaan menjadi dan memimpin pasukan perang Merong Maha wangsa. Banyak juga peperangan yang melibatkan lanun kelas pertama ditumpaskan di selat Melaka. Selain itu beliau juga pernah mengalahkan pasukan tentera dari Negeri Siam. Disebabkan pimpinan dan strategi perang yang luar biasa, kerajaan Merong jarang diserang oleh Mana2 negeri. Beliau turut ditugaskan berdagang ke beberapa Negeri luar seperti China Arab Afrika dan jarang2 negeri Eropah.
Nama besar ini jarang sekali diketahui orang kerana sentiasa berdampingan dengan seorang Raja yang memiliki kebesaran luar biasa. Akhir sekali beliau juga menghembuskan nafas terakhir di Negeri Kedah sebagai Panglima Besar yang bergelar HANG. Dan di semadi kan berhampiran makam paduka Sultan yang juga guru beliau. Salam Hormat dari seluruh warga Alqubro. Semoga ada di kalangan anak cucu keturunan beliau mewariskan kepahlawan beliau demi perjuangan akhir zaman. WALALLAHU ALAM.

- Indra Nazir Alqubro-

Siapakah Siti Keturah (Ummu Keturah)

SITI KETURAH

Panggilan di kalangan keluarga sebagai Ummu keturah. Tak banyak yang boleh diceritakan atas beberapa sebab tertentu..

Semua orang tahu isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah dan Siti Hajar dari timur tengah. Sedangkan isteri baginda yang ke-3 Siti Keturah melahirkan bangsa Melayu semenanjung Tanah Melayu dan yang ke-4 Siti Maimunah melahirkan bangsa Melayu di sebelah Jawa.

Ummu Keturah berkahwin dengan Nabi Ibrahim pada usia 30 tahun dan Baginda Ibrahim 76 tahun. Waris keturunan ini mempunyai 4 orang anak yang pertama lelaki dan yang ke-2 perempuan yang dibesarkan di Tanah Melayu. Anak yang ketiga dan keempat kedua-duanya lelaki tetapi lahir di Tanah Arab dan dibesarkan di sana. Ummu Keturah pernah tinggal di Arab selama 16 tahun bersama-sama Nabi Ibrahim kemudian pulang lagi ke Tanah Melayu. Ketika telah pulang ke Tanah Melayu sering juga anak-anaknya menziarahi Bondanya di sini. Anak-anak Baginda di sebelah Arab berkahwin dengan orang Arab dan anak-anak di sini berkahwin dengan orang-orang di sini sehingga melahirkan waris bangsa hingga ke hari ini.

Ummu Keturah bukan lah orang-orang biasa malah dari keturunan bangsawan yang memerintah. Ummu Keturah sendiri mempunyai ciri-ciri kepahlawanan Melayu yang bergelar Sri Kandi yang hebat. Ummu keturah mempunyai kelebihan yang luar biasa. Baginda juga digelar simulut masin, selain itu boleh menulis tanpa memegang pena. Ummu Keturah juga mempunyai kelebihan senjata ghaib, jika diperlukan hanya menepuk tangan dan senjatanya sudah di tangan. Menurut baginda yang paling luar biasa adalah rambutnya ketika di ambil sehelai lalu diletakkan di tapak tangan akan menjadi keras seperti jarum dan akan menjadi senjata yang akan menusuk jantung musuh ketika perang.

Begitu lah serba sedikit tentang cerita yang boleh diceritakan kepada umum..
WALALLAHU ALAM

-Indra Nazir-

Lagenda Hang Tuah

Hang Tuah nama agung dalam kepanglimaan Melayu. Siapa yang tak kenal Hang Tuah, hampir semua anak Melayu mengenalinya juga namanya mashur suatu ketika dahulu ke seluruh pelusuk dunia. Banyak juga yang menitakan kewujudannya dahulu tidak kurang yang menyatakan sebuah cerita dogengan belaka. Segelintir menyatakan beliau bukan orang Melayu. Benarkan semua ini. Mungkin apa yang saya terangkan ini amat bercanggahan dengan sesetengah pendapat. Gambar di bawah ini menandakan makam nya Hang Tuah. Tetapi sebenarnya itu adalah tapak rumah beliau. Di kawasan perkuburan di situ terdapat kuburnya Hang Kasturi Hang lekir dan Hang Lekiu. Kubur ini masih tidak ada yang mengetahuinya lagi.

Tuah nama gelaran diberi setelah menewaskan lanun atau perompak di perairan melaka bersama2 sahabatnya yang 4. Nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdil Jalil bin Sayyid Ismail. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik. 3 orang termasuk beliau seibu sebapa. Beliau anak sulong dan 2 lagi adiknya perempuan. Beliau belajar dengan 4 perguruan. Persilatan Naga Daun di Tanjung Bidara, Persilatan Cakra di Bukit Katil, Persilatan Gajah Putih di Jawa dan terakhir belajar langsung dengan Sayyid Abdul Ghafur atau Adyputra di Pulau Besar Melaka. Beliau mempunyai 4 orang isteri 2 di Melaka 1 di Acheh dan 1 di Jawa. Beliau mempunyai 7 orang anak semuanya. Beliau masih lagi dalam jalur Ahlul bait. Insyaallah jika saya menulis buku tentang beliau saya akan ceritakan lebih panjang dan terperinci berserta salasilah lengkap beliau. Cuma satu je harapan semoga segala kebenaran akan dapat diketengahkan suatu hari nanti.

Semoga segala usaha dan pengorbanan beliau dapat dihargai oleh semua anak cucu cicit bangsa Melayu.

-Indra Nazir_



(Makam Tanda Hang Tuah)

Adi Putra (Guru Hang Tuah)

Kalau sebut Adyputra semua orang kenal beliau atau nama lain Sheikh Thanauddin tapi sebenarnya nama beliau Sayyid Abdul Ghafur. Kalau ada sejarah dan cerita pasti ada makam dia. Oleh kerana beliau masih dalam kelompok Al Qubro, Menjejaki tapak terakhir beliau suatu kepentingan kerana membuktikan penceritaan beliau kepada cucu-cicit sebagai suatu ingatan. Beliau yang sebetulnya ghaib tidak berkubur jasad bersama-sama adindanya Sang Pesata Nala atau nama sebenar Sayyid Abduh. Mereka berdua hilang bersebelahan, yang hilang dari kenyataan ialah Adyputra kemudian beberapa ketika di ikuti Sang Pesata Nala. Mereka berdua adinda no.4 dan no.5 kepada Jamadil Qubro. Mereka berdua juga tergolong dalam golongan wali besar dan bertugas sampai ke hari ini. Semua orang tau Adyputra adalah guru kepada Hang Tuah. Beliau mengajar Hang Tuah pada ketika umur Hang Tuah 30an bukannya waktu usia Tuah masih kecil. Mereka berdua adalah moyang saudara kepada Hang Tuah. Saya ceritakan sedikit kebenaran bahawa Hang Tuah dibimbing langsung oleh Adyputra di Pulau Besar Melaka bukan di Gunung Ledang atau di Bukit Panau Kelantan. Ketika itu Adyputra sudah mencecah umur 100 lebih tahun sebelum ghaib dari alam kenyataan ini. Gambar di bawah sempat saya ambil titik terakhir mereka (Adyputra dan Sang Pesata Nala) ghaib di situ. Silakan sesiapa yang menembusi ghaib mendeteksi spot wali qubro ini ghaib. Seizin mereka berdua merungkai kisah sebenar agar menjadi kebenaran keberadaannya suatu ketika dahulu. 
Semoga curahan bakti dan kehebatan yang Allah anugerahkan pada mereka menjadi sumber inspirasi serta suntikan semangat pejuang2 agama anak cucu cicit hari ini.

Wallahu alam
-Indra Nazir-