Hang Melanak
Salah seorang Hang 7 bersaudara yang bertugas mempertahankan bumi Melaka. Nama sebenar beliau adalah Sheikh Abd Fakar bin Sheikh Ahmadi.. Dibesarkan di kalangan bangsawan demak kerana ayahandanya Sheikh Al Ahmadi salah seorang pembesar Demak dan bersama-sama Sultan Demak juga para wali 9 mendirikan istana Demak dan kerajaan. Beliau juga banyak belajar di Melaka dan Pulau Besar.. Pertapaan beliau tamat selama 5 tahun di Pulau Besar. Beliau dan adiknya banyak berguru dengan Sheikh Salam iaitu duduk dalam barisan wali 7 Sayyid Jamadil kubra. Keilmuan special beliau adalah pukulan jarak jauh 500 meter sehingga semua musuh terpelanting kebelakang. Beliau bertugas sebagai Panglima Besar pada zaman Sultan Mansur hingga awal Sultan Muhammad. Beliau Ghaib bertiga digunung Ledang bersama-sama Hang Tuah dan Hang Jebat.
Hang Mekar
Seorang lagi lagenda Panglima 7 bersaudara. Nama sebenar beliau adalah Sheikh Abdul Aziz sama nama dengan Hang jebat. Beliau adalah adik kepada Hang Melanak. Kesaktiannya juga cukup tinggi dan sama-sama berguru dengan Sheikh Abd Salam. Ketika pertempuran dengan lanun di perairan Selat Melaka beliau dalam pertapaan dan atas arahan gurunya beliau juga pergi membantu bersama2 6 orang panglima yang lain sehingga selesai kemudian beliau sambung semula pertapaan kembali. Hasil dari kemenangan itu 6 bersaudara itu diberi gelaran HANG. Cuma kemudian yang terakhir setelah pertapaan habis Sheikh Abdul Aziz diberi Gelaran Hang Mekar. Beliau juga salah seorang yg ghaib di hujung hajat nya digunung Ledang tetapi tempat berbeza daripada Hang Tuah Hang Jebat Dan Hang Melanak.
-Indra Nazir AlQubro-
No comments:
Post a Comment