Sunday, April 5, 2020

Kisah Sheikh Ahmad Majnun

Nama sebenar beliau SHEIKH AHMAD AL-HASSANI. Masih lagi dalam garis rantai Ahlul bait dari cucunda baginda Rasulullah Hasan binti Fatimah RA. Mufti pertama kerajaan Melaka.. Asal dari Negeri Syria.. Pada usia 14 tahun telah dtg melaka mengikuti pedagang. Pada usia muda begini beliau telah menguasai sepenuhnya bidang keilmuan agama termasuk bidang tasawuf.

Sesampai di Melaka beliau mencari tempat untuk menyendiri dan lebih banyak tafakur berkhalwat bersuluh pasrah kepada Allah. Kesempatan itu beliau lebih banyak mengasah keilmuan dan pertapa.. Beliau lebih banyak bertafakur sehingga usia beliau 32 tahun telah diangkat menjadi Mufti DiRaja Melaka ketika zaman hujung pemerintahan Sultan Iskandar Syah. Asal mula Kerajaan Melaka mengetahui ada seorang alim dan tinggi Ilmu kebatinan ya tinggal di linggi. Beliau dipanggil mengadap Tuanku Sultan Melaka sehingga beliau diangkat menjadi Mufti DiRaja.

Beliau menguasai pelbagai keilmuan dan kesaktian. Beliau seorang yg sangat kuat berzikir. Antara zikir yg selalu dibawa secara istikomah ialah laillahaillah, ayat kursi dan lakodjakum dan banyak lagi. Beliau sempat menjadi mufti pada 3 zaman iaitu Sultan Iskandar Syah, Sultan Muzaffar dan pertengahan sultan Mansur Syah.

Beliau berkahwin dgn orang tempat sehingga melahirkan zuriat penyambung keturunan. Antara cucunda perempuan beliau berkahwin dengan cucunda Hang Tuah. Bertebar luas juga keturunannya hingga ke hari ini. Nilai bakti beliau dalam agama dan Kerajaan Melaka suatu ketika dahulu menjadi asbab tersebarnya kefahaman agama di umi bertuah ini. Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun. Jika kita menziarahi makam beliau kita boleh melihat pelbagai pesanan dan persediaan secara tersirat kepada anak cucu cicitnya kemudian hari khusus untuk akhir zaman. Beliau telah menyuruh anak murid dan pengukirnya mengukir dan menyusun atur batuan dimakamnya beberapa simbolik tersirat untuk diambil pedoman pesanan beliau. Hak ini hingga menyebabkan beliau dipanggil Majnun kerana semua yang diamanahkan sebelum beliau meninggal dunia. WALLAHU ALAM

-Indra Nazir-

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam boleh diceritakan tentang sejarah sheikh ahmad marjan..meninggal di kurun ke18..makam ny terletak di kuala sg baru melaka

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. izin bertanya. ada ke Ahlul Bait yang sama sekali tak tahu bahawa dirinya Ahlul Bait? disebabkan tak ada salasilah nasab.

    ReplyDelete