Sunday, April 5, 2020

Wali 7 (Batch ke-3)

Nama besar yg ramai tau.. Sayyid Jamadil Kubro, Adiputra dan Sang Pesata nala. Tiga nama ini telah saya terangkan terperinci sebelum ini. Kita sambung kepada 4 lagi nama yg duduk sebaris bertugas dengan mereka ini.

Sayyid Zainal atau sheikh Salam adalah barisan wali 7 batch ke 3. Beliau juga adik kepada Sayyid Jamadil Kubro yg no. 2. Beliau menetap di Melaka dan ghaib juga di Melaka. Cicit beliau salah seorang pembesar kerajaan Kesultanan Melaka. HANG SERIBU PUTIH adalah cucunda beliau yg bertugas sebagai penasihat peribadi Sultan Manshur Shah Sultan Melaka ke 3. Satu lagi nama yang ada gelaran HANG. Nanti kita cerita HANG YG NI HANG SERIBU PUTIH.

Seterusnya Sayyid Bakri juga salah seorang yg handal dalam persilatan. Beliau adalah pengasas silat Gajah Putih di Indonesia dan sehingga kini silat itu masih ada lagi yang meneruskannya. Beliau juga salah seorang adinda Sayyid Jamadil Kubro dari 11 orang. Beliau menetas dan berhijrah ke Sulawesi dan beberapa tempat di Indonesia. Titik terakhir beliau ialah di Melaka. Beliau juga Ghaib di Negeri Melaka ini.

Sheikh Sariffudin Kemonung. Beliau tinggal di Kemonung dan sekarang nama kemonung itu adalah borneo. Jadi kalau lebih tepat lagi beliau menetap di Sabah salah satu tempat di kemonung. Kisah Sheikh Sariffudin ini agak panjang. Nanti saya cerita kan secara terperinci kisah beliau.

Sheikh Kamuluttariq berasa dari Acheh. Beliau memang dibesarkan di Acheh. Suatu Hari ketika berusia 14 tahun beliau bertemu dengan seorang Arab yg ke Negeri Acheh. Sheikh Sanam adalah orang Arab yang tinggal di Sri Lanka India. Beliau berguru dengan Shaikh Sanam dari umurnya 14 tabun hingga 37tahun. Sudah pasti beliau telah menguasai pelbagai keilmuan dan kesaktian Gurunya. Sering juga beliau berulang alik ke Sri Lanka untuk Menjejaki Gurunya.. Cuma kesempatan beliau bertapa hanya 2 hari je di Pulau Besar kerana gagal. Pun begitu beliau tetap berlatih pelbagai keilmuan sehingga menguasainya.

Kisah wali 7 silih berganti. Semoga Allah memberi kesempatan untuk kita Menjejaki mereka dan memberi kefahaman atas penyampaian sehingga kita lebih memehami Agama. Semua para Wali Allah itu hidup di sisi tuhannya.
Segala penerangan itu yg baik diambil yang buruk letak tepi.
Walallahu alam

- Indra Nazir Al Qubro -

No comments:

Post a Comment