Ramai yg mengetahui dan mendengar cerita wali 7 tapi tak ramai yg mengetahui hal sebenar penceritaan mereka. Di Tanah Melayu itu ada yg diangkat Allah menjadi Wali 7 sebagai petugas Allah untuk menyusun atur dan menjaga perihal tanah sini seperti halnya wali songo yang lebih sinonim di tanah jawa. Wali 7 juga dibantu oleh dewan wali 7 pada ketika zaman Tok Said AlLinggi. Wali 7 Sebelum zaman kita diketuai oleh Tuan Sheikh Said Al Linggi, Tok Kenali, Tokku Paloh, Habib Noh Singapura, Tuan Tulis, Sheikh Muhammad Nur Gombak dan Sheikh Hussin Pokok Sena. Di sini ada kekeliruan sedikit, nama2 di atas semua betul cuma tang Sheikh Hussin Pokok sena itu kurang tepat.
Alkisah ketika pertabalan melantik wali 7 semua mereka di atas mendapat alamat dan perkhabaran termasuk seorang lagi iaitu Datuk Dol Said pemerintah Naning. Jadi pertemuan mereka semua diadakan untuk majlis pertabalan tetapi tertangguh seketika kerana turunnya Shiekh Abd Qadir akan hal pelantikan itu harus 7 orang bukannya 8. Jadi mereka kebingungan kerana 8 sehingga Tok Said AlLinggi menyuarakan untuk mengundur diri menyangka kesalahan beliau. Hal itu dilarang Shiekh Abd Qadir kerana Tok Said itu adalah ketua di kalangan mereka. Jadi hal ini membuatkan mereka semua munajat kepada Allah sehingga lah turun Alamat dari Baginda Rasulullah SAW. Nama2 yang sahih memegang amanat Wali 7 ialah Tuan Said AlLinggi, Datuk Dol Said, Tok Kenali, Tokku Paloh, Habib Noh, Tuan Tulis dan Sheikh Muhammad Nur. Manakala Sheikh Hussin Pokok Sena dilantik menjadi ketua Dewan Wali 7 termasuk 2 org pembantunya iaitu Tok Janggut Kelantan dan Sheikh Kamaruddin Acheh. Kesemua Ahli2 dewan lebih 100 orang banyaknya..
Mereka semua masih bertugas sehingga ke hari ini. WALLAHU ALAM.. Semoga kita semua dapat mengikuti dan Menjejaki mereka mengorbankan seluruh jiwa raga demi Allah dan Rasul. Insyaallah jika di izinkan Allah nanti kita cerita sedikit akan Wali 7 Sebelumnya.
-Indra Nazir Alqubro-
No comments:
Post a Comment