Siapa tak kenal dengan nama Tun Sri Lanang..
Ada yang memuji penulisannya dan ada yang mengelar beliau sebagai pengkhianat bangsa kerana menulis sejarah yg tidak betul setelah diketahui sejarah sebenar. Pun begitu ikuti penceritaan beliau dan sejarah2 tanah Melayu mengikut pandangan Alqubro..
Mungkin ramai yang keliru beranggapan Tun Seri Lanang anak paduka bendahara Johor pada kurun ke 17 Masihi itu yg telah menulis sejarah. Di sini sangat banyak kekeliruan. Malah pada zaman mereka dahulu pun ada yg keliru kerana nama gelaran yg sama pada 2 manusia berbeza. Rakaman penulisan sejarah Melayu terfokus pada anak bendahara Johor sedangkan yang sebenarnya Sri Lanang dari Melaka.
Kita beralih kepada cerita seorang penulis sejarah yang berasal dari Melaka yg sebenar.
Tun Sri lanang nama sebenar beliau Tuk Said..beliau digelar Sri lanang oleh orang2 tempatan. Beliau hidup selepas zaman kerajaan melaka mempunyai 2 buah rumah satu di Melaka Dan satu lagi Di Ipoh Perak. Beliau memang seorang penulis sejarah melalui pengkajian nya dan ilham. Selain itu beliau juga berguru dengan guru ghaibnya iaitu Hang Tuah. Banyak juga sejarah penulisan beliau dirujuk kepada gurunya kemudian beliau ke mengkaji secara nyata. Alkisah
Sebenarnya beliau mempunyai musuh yang berhampiran dengan rumahnya di Pantai Puteri Melaka. Suatu hari beliau pulang ke rumah kedua beliau di Ipoh dengan membawa buku penulisan beliau yg hampir siap. Malang tidak berbau beberapa hari Ipoh beliau diikuti. Sampailah suatu ptg ketika beliau sedang sibuk berehat di halaman rumahnya tiba2 beliau terlihat ada orang sedang memasuki rumah beliau dari belakang. Lebih kurang 5 ke 6 orang terlihat memasuki rumah beliau sehingga la beliau terus memasuki ke rumah malangnya mereka lebih pantas berlalu. Setelah di ketahui rupa2nya buku penulisan beliau telah hilang. Beliau biarkan mereka berlalu pergi tanpa di kerja.. Beliau berapa amat kecewa kerana yg mencuri penulisan beliau adalah orang dari melaka yang tinggal berhampiran dengan rumahnya di pantai puteri. Sebenarnya yg mengetuai pencurian dan pengkhianatan ini adalah dari ketua satu perguruan silat iaitu perguruan silat alhaq yang bernama salimi. Kisah dendam dari keturunan salimi ini dari gagal keturunannya yg ingin memegang jawatan panglima sultan mahmud lagi. Mereka2 ini dahulu kalanya adalah lanun yang selalu membuat masalah. Ibarat kata kumpulan gengster dulu2nya. Perguruan ini juga bertahan berlarutan sehingga la ke zaman penghujung 18 zaman2 Dato Dol Said telah pun pupus. Setelah mereka mendapatkan buku penulisan Sri Lanang, mereka mengubahnya hampir 85% fakta penulisan. Kemudian mereka menyebarkan sehingga tidak terbendung lagi penyebarannya. Inilah dia pengkhianat bangsa sendiri. Semoga Allah membalaskan perbuatan mereka. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan semuanya ada hikmah di sebalik kejadian..
Semoga kita semua menyedari hakikat sebenar penceritaan dan sejarah bangsa kita yg betul lagi shahih.
Walallahu alam..
- Indra Nazir Alqubro -
No comments:
Post a Comment