Kalau sebut Adyputra semua orang kenal beliau atau nama lain Sheikh Thanauddin tapi sebenarnya nama beliau Sayyid Abdul Ghafur. Kalau ada sejarah dan cerita pasti ada makam dia. Oleh kerana beliau masih dalam kelompok Al Qubro, Menjejaki tapak terakhir beliau suatu kepentingan kerana membuktikan penceritaan beliau kepada cucu-cicit sebagai suatu ingatan. Beliau yang sebetulnya ghaib tidak berkubur jasad bersama-sama adindanya Sang Pesata Nala atau nama sebenar Sayyid Abduh. Mereka berdua hilang bersebelahan, yang hilang dari kenyataan ialah Adyputra kemudian beberapa ketika di ikuti Sang Pesata Nala. Mereka berdua adinda no.4 dan no.5 kepada Jamadil Qubro. Mereka berdua juga tergolong dalam golongan wali besar dan bertugas sampai ke hari ini. Semua orang tau Adyputra adalah guru kepada Hang Tuah. Beliau mengajar Hang Tuah pada ketika umur Hang Tuah 30an bukannya waktu usia Tuah masih kecil. Mereka berdua adalah moyang saudara kepada Hang Tuah. Saya ceritakan sedikit kebenaran bahawa Hang Tuah dibimbing langsung oleh Adyputra di Pulau Besar Melaka bukan di Gunung Ledang atau di Bukit Panau Kelantan. Ketika itu Adyputra sudah mencecah umur 100 lebih tahun sebelum ghaib dari alam kenyataan ini. Gambar di bawah sempat saya ambil titik terakhir mereka (Adyputra dan Sang Pesata Nala) ghaib di situ. Silakan sesiapa yang menembusi ghaib mendeteksi spot wali qubro ini ghaib. Seizin mereka berdua merungkai kisah sebenar agar menjadi kebenaran keberadaannya suatu ketika dahulu.
Semoga curahan bakti dan kehebatan yang Allah anugerahkan pada mereka menjadi sumber inspirasi serta suntikan semangat pejuang2 agama anak cucu cicit hari ini.
Wallahu alam
-Indra Nazir-
Assalamualaikum w.b.t..saya disini ingin membuat sedikit perkongsian tentang Ady Putra iaitu guru silat 5 saudara..Pada tahun 1998.Masa tu kalo xsilap saya darjah 6 kot.Kami sekuarga pergi berkelah di Air Terjun Gunung Ledang.Pada waktu saya terjumpalah batu warna putih dan bgthu pada abg,nak bawak baliklah batu ni..abg pun sound,aok bawok baliklah silap² kena pulang balik..lebih kurang gtu la..kwn org Pekan Pahang mmg cakap saya awok..😁😁😁 lps pada tu kira dah nak balik laa..tgoh² duk nak naik tu terlihat satu lelaki tua tengah memancing dgn menggunakan sebatan joran buluh panjang dan tali tangsi tersebut berada di air yang deras kira laluan air ikut celah² batu..aiii saya pun tegur dalam hati biar betul mancing dlam arus yg deras????berdekatan saya ada bakul ikan yg berkait buluh saya dlm hati ni nak la g intai tgok kot ada ikan ke xdok..tbe² mak tegur dah² jom alis kte naik..saya pun x jadilah nk tgok apa yg ada dlm bakul tu..ohh yaa baru teringat saya perhati mata dia sgat liar memerhatikan org² yg ada kat situ.yg saya ingat pakaian dia sgat lama zaman² dolu² haa..beralaskan daun nipah kering dan bertopi orang yg pakai bersawah yg berkait rotan tu..orangnya tinggi kurus..misai panjang janggut panjang..rambut xnmpak mana lindung ngan topi.lps pada tu naik..mak cakap kejap lah dlu nk g bilik air..saya pun dlm hati terdetik nak patah balik ke pakcik tu..bila saya toleh ke belakang saya tgok pakcik tu dah ada seberang belah sana..ehh dlm hati saya cepatnya dia bergerak sedangkan saya masa tu berapa tapak je tggal je tinggalkan tempat tadi..dahh xsempak nak tgok dlm bakul tu ikan apa..daaa xsempat..hmmm saya pun baliklaaaa..dan berapa bulan tu tanyalah org² yg kashaf dan pandai ilmu² kashaf ni..dia kata untung awk tu Guru Silat Adi Putra guru silat pada 5 saudara Hang Tuah tu..aduhaiii dlm hati ruginyalah x tegur...alhamdulillah laa ALLAH tu nk tunjuk sekejap je..kalo x dpat la borak² ngan pakcik tu..ini lah perkongsian yg dapat saya kongsikan..terima kaseh..
ReplyDelete