Sunday, April 5, 2020

Wali 7 (Batch ke - 4)

Diketuai oleh Sayyid Zainal Alam dan di ikuti dengan Sayyid Ali Nurul Alam juga Sayyid Ibrahim Asmorokandi. Ketiga tiga Wali Allah ini adalah anak kepada Sayyid Jamadil Kubro. Seperti yang semua ketahui mereka nama besar yg berjasa menebar lahirkan kebanyakan Wali2 yg mashur di Nusantara samada Wali 7 kemudiannya atau Wali 9 atau wali lainnya. Kisah mereka bertiga sudah saya kongsikan sebelum ini dengan panjang lebar.

Seterusnya sebaris dengan mereka bertiga ialah Sheikh Sainal Asfam seorang Muallaf yang berasal dari tanah besar China iaitu Beijing. Pada asalnya beliau seorang pendekar cina juga tetapi kehendak Allah hidayah kepada beliau hingga tertarik memeluk islam. Beliau bersyahadah pada usia 37 tahun di hadapan orang2 islam di tempat beliau. Kemudian beliau mengembara mendalami ilmu agama sehingga lah sampai ke tanah Nusantara. Beliau belajar langsung dengan sayyid Zainal Alam. Walaupun lebih tua dari Sayyid Zainal Alam, beliau bersungguh2 mendalami ilmu agama dan kesaktian. Selain itu beliau juga belajar dengan guru ghaibnya iaitu Sayyid Jamadil Kubro sehingga la beliau diangkat menjadi wali 7. Gelaran beliau adalah Raja Anak Sungai yang diberikan oleh sheikh Abd Qadir Jailani. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun dan dikebumikan di Cerebon Jawa Barat.

Seterusnya HANG SYAHDU atau nama sebenar Sheikh Zabian. Seorang lagi yang memegang gelaran HANG. sudah semestinya ketinggian ilmu kepanglimaannya. Beliau berasal dari Tanah Merah Kelantan dan menetap di Kelantan juga. Cuma beliau selalu berulang alik kepada gurunya iaitu Sayyid Zainal Alam. Beliau juga selalu bertapa di tempat2 lain seperti tanjung Tuan dan beberapa tempat lain. Semua pertapaan nya tidak lama ada yang 3 bulan dan seperkiraan itu waktu pertapaannya. Cuma pertapaan yg paling lama 3 tahun berhampiran rumahnya di hujung hayatnya sehingga ghaib. Selain Sayyid Zainal Alam beliau juga berguru dengan guru ghaibnya iaitu Imam Ghazali Rahimahullahu taala.

Seterusnya Sheikh Shamsuddin Bakri, berasal dari cerebon dibesarkan di Cerebon juga. Batch Kali ini banyak berpusat di Cerebon. Boleh jadi disebabkan ketuanya berada di sana. Tetapi Sheikh Shamsuddin menghabiskan masa pertapaannya dengan memilih Negeri Melaka. Beliau bertapa 3 tahun di negeri Melaka dan kemudian beliau selalu berdatangan ke Negeri ini sehingga lah beliau bertemu jodoh di Melaka. Maka beliau selalu berulang alik Melaka dan Cerebon.

Seorang lagi wali 7 sezaman Sayyid Zainal Alam ialah Sheikh Malik Al Maliki. Beliau berasal dari Arab langsung. Cumanya beliau berhijrah ke Surabaya dan keliling pulau jawa untuk jalan berkelana memperdalami ilmu kesaktiannya. Sehingga lah beliau sampai di Gunung Jati dan bertapa di sana selama 11 tahun. Masyaallah suatu jangka masa yang agak lama. Beliau tergolong antara orang paling sakti di Gunung Jati dari dahulu hingga sekarang. Beliau juga banyak berkhidmat dalam pengembangan ilmu dan agama di sekitar kawasan Jawa barat. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Gunung Jati. Makam beliau terletak di sebelah bukit di pemakanan sunan Gunung Jati. Sekarang masih bertugas sebagai wali 7.
Walallahu alam

- Indra Nazir Alqubro -

No comments:

Post a Comment