Tuah nama gelaran diberi setelah menewaskan lanun atau perompak di perairan melaka bersama2 sahabatnya yang 4. Nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdil Jalil bin Sayyid Ismail. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik. 3 orang termasuk beliau seibu sebapa. Beliau anak sulong dan 2 lagi adiknya perempuan. Beliau belajar dengan 4 perguruan. Persilatan Naga Daun di Tanjung Bidara, Persilatan Cakra di Bukit Katil, Persilatan Gajah Putih di Jawa dan terakhir belajar langsung dengan Sayyid Abdul Ghafur atau Adyputra di Pulau Besar Melaka. Beliau mempunyai 4 orang isteri 2 di Melaka 1 di Acheh dan 1 di Jawa. Beliau mempunyai 7 orang anak semuanya. Beliau masih lagi dalam jalur Ahlul bait. Insyaallah jika saya menulis buku tentang beliau saya akan ceritakan lebih panjang dan terperinci berserta salasilah lengkap beliau. Cuma satu je harapan semoga segala kebenaran akan dapat diketengahkan suatu hari nanti.
Semoga segala usaha dan pengorbanan beliau dapat dihargai oleh semua anak cucu cicit bangsa Melayu.
-Indra Nazir_
(Makam Tanda Hang Tuah)
No comments:
Post a Comment