Setiap tempat ada sejarahnya
Hari ini saya di pantai Tanjung Bidara Melaka. Sebuah destinasi yang agak tenang dan menjadi pilihan ramai untuk bermandi manda di sini. Suasana pagi agak sunyi kerana tidak terlihat aktiviti mandi manda mungkin juga waktu bekerja.
Saya bersendirian menikmati pemandangan yang cantik dan menginsafi keindahan ciptaan Allah yang sangat sempurna. Lautan terbentang gak tenang dek ombak yang kecil. Terlihat kapal2 besar di tengah laluan antarabangsa melalui selat yang sangat selamat. Fikiran terfokus dan tertanya2 bagaimana agaknya suatu ketika dahulu Melaka sebuah entrepot dunia. Sudah pasti menjadi tumpuan pelabuhannya. Ermm semuanya telah berlalu hanya tinggal sejarah aja.
Fikiran tertumpu di pantai ini Tanjung bidara. Mesti banyak pokok bidara kan suatu ketika dahulu. Apa agaknya tempat ini suatu ketika dahulu. Apakah sama tempat bermandi manda. Mesti tempat ini lagi baguskan dahulunya. Siapakah yang menduduki tempat ini suatu ketika dahulu. Ketika sejenak memikirkan tempat ini sambil2 menenangkan fikiran, dalam hati terus2an berselawat tak sangka aku menghampiri tabir ghaib. Aku lihat suasa tempat ini bertukar menjadi lapangan gelanggang silat yang agak hebat. Terlihat lebih kurang 40 lebih anak muda yang mempelajarinya. Aku langsung terkejut lalu terjaga. Masyaallah, rupa2nya terlena seketika. Kemudian aku langsung perbetulkan kedudukan dan menenangkan fikiran sambil beri salam kepada seluruh alam dan Hati terus terusan zikir Allah. Sukmaku aktif dan aku bertemu dengan sheikh Qomaruddin. Penampakan wajah dan susuk tubuh agak berumur. Nampak tegak orangnya. Ketika saya memberi salam dan memperkenalkan diri. Beliau langsung menjawabnya. Saya tanyakan perihal beliau. Panjang juga penceritaan beliau cuma saya kongsikan yang penting je. Beliau seorang Ahli tapa juga dan tinggi ilmu persilatan. Dahulunya tempat ini beliau jadikan gelanggang silat mengajar Anak2 muda termasuklah Hang Tuah pernah berguru dengan beliau. Hang Tuah pada ketika itu sempat belajar beberapa bulan tapi tidak bertahan lama kerana kaki Tuah cedera mungkin patah. Waktu itu Hang Tuah masih budak lagi. Nama silat beliau ialah Naga Daun. Silat ini da tidak didengari lagi. Satu keistimewaan persilatan ini ialah ketangkasan dan kecepatan pergerakan kaki. Pukulan2 kaki yang sangat bahaya dan berbisa. Oleh kerana Hang Tuah tidak dapat menguasai dengan baik pergerakan kaki tambahan Tuah cedera di kakinya mengebabkan beliau tidak lagi meneruskan pelajaran silat di sini. Salah seorang anak murid yang hebat dan menjadi ketua di persilatan ini ialah samsudin namanya. Persilatan ini juga tak kurang hebat kerana ramai yang menjadi murid perguruan sehingga ramai juga yang datang dari Sumatera dan sedikit dari Tanah Jawa. Sayangnya persilatan ini tidak diteruskan oleh muridnya yang lain. Beliau mengharapkan samsudin akan meneruskan mengajarnya sayang sheikh samsudin meninggal awal di usia awal 40an. Semenjak itu persilatan Naga Daun tidak lagi didengari kerana tidak dikembangkan. Insyaallah sesiapa yang berminat bole lah mempelajarinya.
Semoga warisan seni mempertahankan diri bangsa Melayu tetap berkembang dari zaman ke zaman menjadi warisan bangsa. Kembalikan warisan bangsa kita dan jagalah ia sebagai satu amanah yang membawa kita semua kepada Allah jua Akhirnya. Sekian wallah alam
-Indra Nazir-
No comments:
Post a Comment