Sunday, April 5, 2020

Wali 7 Sebelum Zaman Tok Said Al-Linggi

Siapa yg dah tahu alhamdulillah siapa yg belum tau tolong amik tau sebab ini sejarah kita malahan bukan sejarah je iya juga bole menaikkan lagi semangat dan menjiwai hasil pengorbanan dan perjuangan mereka.

SHEIKH AHMAD - Beliau adalah cucu kepada Hang Tuah, mendirikan pondok di Tanjung Agas dan Klebang khusus pengajian Al Quran. Beliau di akhir hayatnya ghaib di Hutan Tanjung Agas.

SHEIKH SHAMSUDDIN - Beliau adalah cucu kepada Hang Lekir. Menetap di Melaka dan membuka perguruan persilatan kedudukan gelanggang yang bertempat di Tanjung Keling Melaka. Makam beliau terletak ditengah2 perkuburan Kristian lama di Bukit Serindit.

SHEIKH ABD HAMID - Beliau adalah cucu kepada Hang Kasturi. Beliau tidak membuka apa2 perguruan atau pondok sebaliknya ada Beberapa orang yg berguru dengan beliau termasuk Salah Seorang Sultan Melaka yang selalu mengambil nasihat dan hal2 keilmuan dari beliau. Beliau hanya dikenali sebagai LANG BUANA sehingga ke hari ini sebab tidak duduk setempat. Beliau sentiasa merentas dari satu tempat ke satu tempat lain sama ada nyata atau pun ghaib. Makam tanda beliau terletak di Jasin Melaka.

SEIKH AHMAD SOLLEH - asal beliau dari Acheh dan dibesarkan di sana cuma hanya setelah dilantik memegang jawatan Wali 7 beliau berpindah ke Negeri Sembilan dan membuka gelanggnag persilatan di Gunung Datuk. Silat beliau dinamakan SILAT HULU LEBAI. Beliau juga ghaib di Gunung Datuk di hujung hayatnya.

SHIEKH ALI - Beliau dari Selangor dan sangat giat dalam hal2 pondok sehingga beliau membuka byk pondok hampir setiap daerah di Selangor. Nama pondok Beliau adalah Khariatul Islam dan base utama beliau di Kuala Selangor. Beliau juga ghaib di hujung hayatnya iaitu di Gunung Tahan.

SHEIKH MUHAMMAD MALEK ALMUNAWI - Beliau bertempat di Tanah Merah Kelantan juga seorang pendiri pondok. Pondok beliau bernama Pondok Al Insan. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun. Beliau di Makam kan juga di Tanah Merah Kelantan cuma tiada orang yg mengetahui kedudukan sebenar makamnya di mana. Dan nama beliau juga tidak ramai yg mengetahuinya. Insyaallah jika saya ke Kelantan boleh lah saya mencarinya.

SHEIKH WARISAN - Beliau juga berasal dari Acheh. Pada usia 14 tahun merantau ke semenanjung beberapa tahun kemudian pulang semula ke Acheh. Setelah dilantik menggalas tugas Sebagai Wali 7 beliau kembali semula ke Malaysia dan menetap di Pahang. Beliau membuka gelanggang persilatan di kaki Gunung Tahan. Beliau mengajar SENI SILAT GAJAH PUTIH. Beliau di hujung hayatnya juga ghaib di Gunung Tahan.

Begitulah serba sedikit penceritaan WALI 7 ZAMAN MEREKA YG DIKETUAI SHIEKH AHMAD TG. AGAS Port Dickson Negeri Sembilan.
Semoga kita juga Sama2 dengan mereka di hujung zaman ini bertugas demi Agama untuk Allah dan Rasul. Mungkin ada di antara sahabat yg mahu bertawasul dengan mereka lillahi taala. WALLAHU ALAM

-Indra Nazir Alqubro-

No comments:

Post a Comment