Sunday, April 5, 2020

Siapakah Sebenarnya Panglima Hitam

Ramai yang mengenali panglima hitam tapi siapa sebenarnya beliau ini.
Nama sebenar beliau adalah Sheikh Ahmad. Dilahirkan di Arab masih lagi jalur keturunan dari Syaidina Hassan salah seorang Ahlul bait yang bertugas sampai ke hari ini. Beliau adalah anak murid langsung Shiekh Abd Qadir Jailani. Beliau menghabiskan masanya selama 18 tahun berguru dengan Sheikh kemudian bersambung dengan tugasnya di setiap kerajaan yang ada di Nusantara. Sebab tu nama panglima hitam ini selalunya ada di sisi Sultan yg memerintah. Tugas beliau berlarutan hingga ke zaman kesultanan melaka. Selebihnya kemudian tugasnya masih lagi dijalankan sehingga ke hari ini.

Seperkara yang harus diketahui adalah pemberian gelaran HANG itu adalah dari beliau sendiri. Selain menabalkan kebanyakan Raja2 yg menaiki tahta beliau sering kali sibuk dengan hal2 kepanglimaan. Hang itu adalah pelantikan kepada seseorang panglima yang layak dan ciri2 yang terpilih. Sedikit pencerahan bagi pemilihan Hang itu sebenarnya telah ada tanda dari kecil lagi. Mengikut Sheikh Ahmad seorang baby yg baru dilahirkan yang mempunyai tanda bulan dan bintang berwarna biru di dahinya secara ghaib maka anak itu adalah ciri2 terpilihnya memegang gelaran Hang ketika besar nanti. Gelaran Hang ini adalah gelaran atau martabat paling Tinggi dalam kepanglimaan. Ramai juga yang telah memegang gelaran Hang itu sejak dia bertugas sehingga lah zaman Wali 7 terakhir. Antaranya Hang 7 bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Melanak, Hang kasturi, Hang Mekar, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Dan banyak lagi cuma dirahsiakan aja.

Beliau masih lagi bertugas sampai ke hari ini. Sekarang beliau bergerak sebulan pada setiap negeri. Tugasnya cukup besar juga..Martabat beliau menyamai kedudukan Sayyid Jamadil kubra semestinya seorang Wali Besar. Titik terakhir beliau ghaib sepenuhnya di Tanjung Tuan. Selain itu banyak kisah dan peribadi beliau tidak dapat diceritakan atas dasar rahsia. WALALLAHU ALAM

-Indra Nazir Alqubro-

No comments:

Post a Comment